Fun and Fund Carnival
Pengenalan kepada program/kempen Fun and Fund Carnival Fun and Fund Carnival adalah satu bentuk program/kempen penambahan dana yang memberi fokus utama untuk membantu sekolah-sekolah di Malaysia bagi menambah tabungan dana sekolah atau dana Persatuan Ibu Bapa dan Guru(PIBG). Cara penambahan dana adalah melalui satu aktiviti karnival permainan besar-besaran berserta aktiviti sampingan yang bakal disertai oleh para peserta program/kempen pada suatu tarikh yang sesuai bagi setiap sekolah yang terbabit. Pembabitan kami dalam industri penambahan dana sekolah telah masuk tahun ke lapan dan berpengalaman luas dalam membantu sekolah-sekolah di Malaysia didalam mencari dan menambah dana atau 'Fundraising'. Pencipta gaya baru(Trendsetter) Bermula dari tahun 2008, kami telah mula berkecimpung didalam acara ini di Malaysia dan berkembang sehingga menjadi ikutan ramai usahawan tempatan untuk berkecimpung didalam aktiviti yang sama. Matlamat kami adalah untuk menjadikan aktiviti penamb...