Kami bekerjasama dengan satu syarikat pengurusan acara sedang mencari venue untuk acara karnival persilatan pada penghujung oktober 2018. Jika terdapat sekolah yang berminat menjalankan 'twin event' sila hubungi kami. twin event pada kebiasaannya dapat membawa lebih pengunjung ke acara anda. cth twin event - karnival sekolah + karnival persilatan. Tujuan venue sekolah dicari adalah disebabkan kemudahan fasiliti dan utiliti yang cukup bagi menjalankan sesuatu acara, contoh - dewan, parkir, tandas, kerusi, meja, utiliti elektrik dan air dan berbagai lagi. Kami sedia membincangkan kadar sewa terbaik buat kedua-dua pihak. Terima kasih.