Fasa kedua Fun & Fund Carnival
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua, Projek Penambahan Dana Sekolah 'Fun & Fund Carnival' ini akan melalui beberapa fasa perkembangan. Kami kini telah memasuki fasa kedua perlaksanaannya. Dalam fasa kedua ini beberapa penambah baik dibuat bagi meningkatkan jumlah kutipan bagi setiap projek usahasama yang akan dijalankan. Pada fasa pertama 'Fun & Fund Carnival' dahulu, aktiviti jualan banyak melibatkan peserta dalaman iaitu pelajar, ibubapa dan para guru serta penyertaan dari sekolah-sekolah berhampiran. Fasa kedua ini akan mengembangkan sasaran kutipan jualan kepada skala yang lebih besar dimana sasarannya adalah kepada penduduk komuniti setempat serta jualan secara atas talian(Online) yang tidak mempunyai had jarak dan capaian. Langkah-langkah aktiviti jualan akan diterangkan sewaktu perbincangan bersama pihak sekolah. Peratus peningkatan kutipan yang disasarkan berbanding fasa pertama adalah sehingga 50%. Kami sudah mula mendapat permintaan ...