FUN AND FUND CARNIVAL 


Fun and Fund Carnival adalah satu bentuk program/kempen penambahan dana yang memberi fokus utama untuk membantu sekolah-sekolah di Malaysia bagi menambah tabungan dana sekolah atau dana Persatuan Ibu Bapa dan Guru(PIBG). Cara penambahan dana adalah melalui satu aktiviti karnival permainan besar-besaran berserta aktiviti sampingan yang bakal disertai oleh para peserta program/kempen pada suatu tarikh yang sesuai bagi setiap sekolah yang terbabit. Pembabitan kami dalam industri penambahan dana sekolah telah masuk tahun ke lapan dan berpengalaman luas dalam membantu sekolah-sekolah di Malaysia didalam mencari dan menambah dana atau 'Fundraising'.

Pencipta gaya baru(Trendsetter)

Bermula dari tahun 2008, kami telah mula berkecimpung didalam acara ini di Malaysia dan berkembang sehingga menjadi ikutan ramai usahawan tempatan untuk berkecimpung didalam aktiviti yang sama. Matlamat kami adalah untuk menjadikan aktiviti penambahan dana sekolah ini menjadi satu industri yang besar dan sihat, untuk manfaat kedua-dua pihak iaitu sekolah-sekolah dan usahawan-usahawan terlibat.

Apa itu program/kempen Fun and Fund Carnival?

Kami menambahbaik Hari Karnival Sekolah atau biasa dinamakan dengan pelbagai nama seperti Hari Usahawan/Hari Kantin/Hari Kokurikulum/Karnival PIBG dan pelbagai lagi nama bagi satu tujuan yang sama iaitu kempen jualan bagi menambah dana sekolah/PIBG. Kami menukarkan sambutan Hari Kantin ini menjadi satu bentuk karnival/pesta/taman tema/taman hiburan kepada para peserta dan pengunjung yang diadakan setahun sekali didalam kalendar aktiviti sekolah-sekolah terlibat. Ia menjadi sambutan terbesar yang dinanti-nantikan oleh semua pihak- pelajar, ibubapa, guru dan juga komuniti setempat.
Kami akan menyediakan segala bentuk permainan karnival(carnival games) dan aktiviti-aktiviti karnival seperti menyediakan sebuah taman tema di sekolah-sekolah yang terlibat. Ianya lebih menyerupai taman tema bergerak untuk satu tempoh yang singkat yang boleh disertai oleh segenap lapisan masyarakat bukan terhad kepada para pelajar sekolah terlibat sahaja. Taman tema ini dapat memenuhi kehendak peringkat umur kanak-kanak sehingga peringkat umur dewasa untuk disertai. Aktiviti permainan fizikal, pameran, hiburan, cabaran-cabaran fizikal dan mental dan pengalaman mencuba permainan-permainan terbaru dipasaran dan permainan popular adalah tawaran kami kepada para peserta dan pengunjung karnival.
Matlamat karnival juga adalah bagi menjadikan sekolah sebagai tuan rumah satu acara karnival komuniti setempat. dengan tawaran pelbagai aktiviti keluarga pastinya menarik minat masyarakat sekeliling untuk turut hadir menjayakan. Lebih ramai pengunjung, lebih banyak pendapatan kepada pihak sekolah.

Perkongsian Pintar

Program/Kempen ini memerlukan kami dan pihak sekolah bekerjasama dalam satu bentuk perkongsian yang kami sebutkan sebagai Perkongsian Pintar Fun and Fund. Sebagai penyedia penyelesaian Permainan Karnival dan aktiviti berkaitannya, kami biasa bertemu sekolah-sekolah yang kurang/tidak berkemampuan untuk menyewa permainan-permainan dan peralatan berkaitan. Kurangnya pengalaman dan kemahiran menjalankan satu acara berbentuk karnival juga menjadi kelemahan kepada pentadbiran sekolah yang boleh mengakibatkan kerugian. Risiko-risiko dan kemungkinan kesilapan terlepas pandang juga boleh memberi impak negatif dari segi kutipan dan juga penyertaan pada karnival itu nanti.
Tawaran kami kepada sekolah-sekolah yang bakal terlibat didalam perkongsian ini adalah dengan mengenepikan terma sewaan dan menukar kepada terma perkongsian dimana pihak kami akan terlibat secara terus didalam merealisasikan matlamat karnival dengan bantuan barisan tenaga kerja berkemahiran dalam bidang masing-masing dan penghantaran pakej produk-produk permainan dengan tiada risiko kerugian jualan. Sekolah dapat menjimatkan tenaga kerja dan masa serta dapat mengaplikasikan kemahiran pakar-pakar luar untuk menjayakan karnival mereka dengan kos dan risiko yang rendah. Gabungan usahasama antara pihak sekolah dan pakar-pakar kami berkemungkinan besar membuahkan hasil yang sangat baik. Terdapat beberapa bahagian yang memerlukan pengelibatan pihak sekolah juga, tidak melibatkan perkara teknikal.
Kadar perkongsian akan ditentukan dalam perbincangan antara pihak sekolah dan pihak kami berdasarkan syarat-syarat yang ditentukan.
Kadar perkongsian yang diberikan kepada pihak sekolah bermula dari 10% sehingga ke 60% dari jumlah kutipan keseluruhan.

Pemilihan Sekolah

Sesi pemilihan sekolah yang bakal terlibat pada tahun 2016 telah bermula dari tarikh 28hb Februari 2016. Kami mensasarkan 30 buah sekolah bakal terlibat dalam program ini sehingga penghujung tahun ini. Kriteria-kriteria pemilihan sekolah adalah seperti berikut:

1.  Tarikh Karnival
2.  Kos Operasi dan Tempoh Operasi
3.  Demografik ekonomi masyarakat sekitar sekolah
4.  Jumlah pelajar
5.  Pengisian Acara
6.  Lokasi(mesti melebihi 15km radius dari sekolah yang pernah terlibat dengan Fun&Fund)
7.  Carta Organisasi Karnival
8.  Keselamatan dan Kemudahan yang disediakan
9.  Tiada 'Conflict of Interest/Percanggahan Kepentingan' dengan penaja korporat
10.Ketelusan Sekolah dan PIBG

Terdapat 3(tiga) buah sekolah yang telah menyertai Program Pekongsian Pintar Fun and Fund Carnival pada tahun ini sebagai projek perintis untuk program/kempen ini dan kesemua sekolah berjaya mencapai matlamat yang disasarkan.

Sekolah-sekolah akan dipilih selepas analisa kriteria-kriteria ini dibuat oleh kumpulan Jualan dan Pemasaran kami. Sekolah-sekolah dinasihatkan untuk membuat tempahan seawal mungkin, sekurang-kurangnya 2(dua) bulan sebelum tarikh karnival.

Penaja Korporat(Sponsorship)

Terdapat beberapa penaja korporat dan syarikat-syarikat yang berminat untuk menaja dan menyumbang kepada dana sekolah/PIBG dengan beberapa syarat-syarat khusus. Penaja-penaja ini terdiri daripada syarikat-syarikat kecil sehingga ke tahap korporat yang berminat menyumbang dan terlibat didalam aktiviti Karnival Sekolah seperti usahawan-usahawan produk, pemborong-pemborong, institusi kewangan dan insurans, pengeluar produk berjenama, syarikat promosi jenama dan pelancaran produk serta pengeluar barangan berkaitan pasaran sekolah serta agensi-agensi kerajaan dan syarikat yang mencari 'venue' acara-acara khas.
Syarat-syarat yang akan diberikan adalah bagi mencapai persefahaman bersama untuk situasi 'menang-menang' bagi kedua-dua pihak.
Kumpulan penaja dan penyumbang korporat ini sangat berminat untuk menyertai aktiviti karnival yang berbentuk 'Jelajah' atau 'Roadshow' bagi mengembangkan pasaran dan jenama syarikat masing-masing.
Karnival sekolah ini dapat memberi satu bentuk kumpulan sasaran kepada para penaja dan penyumbang ini seperti kumpulan kanak-kanak dan remaja berumur 6 tahung ke 18 tahun, kumpulan ibubapa dan penjaga yang berumur 27 tahun hingga 55 tahun, keluarga serta individu yang menghadiri karnival diadakan.
Sebagai contoh, kami berikan situasi pengedar kereta yang mensasarkan golongan bekerja yang berumur 25 tahun dan keatas, institusi perbankan yang mencari pendeposit dari kalangan kanak-kanak dan remaja serta penyediaan fasiliti pinjaman(rumah,peribadi,kenderaan,kredit kad dll) untuk ibubapa dan penjaga, juga promosi pembuat jualan terus dari kilang yang mensasarkan kumpulan keluarga. Syarikat-syarikat kosmetik juga melihat peluang pasaran dan promosi jenama yang baik bagi kumpulan remaja perempuan dan wanita. Karnival sekolah juga boleh menjadi 'venue' pelancaran dan promosi khas, contoh; syarikat penyiaran televisyen melancarkan program atau siri kanak-kanak terbaru, promosi artis realiti untuk meraih undian awam serta promosi artis-artis baru, satu lagi contoh; syarikat pengeluar jenama ais krim yang melancarkan promosi keluaran terbaru mereka dan mensasarkan golongan keluarga sebagai pasaran sasaran mereka.
Kesinambungan 'Jelajah' atau 'Roadshow' adalah sangat penting kepada penaja dan penyumbang yang berminat maka menjadi tugas kami untuk menyusun jadual 'Jelajah/Roadshow' untuk pihak korporat ini.
Syarikat-syarikat ini memiliki dana tersedia(budget) untuk tujuan pemasaran, pengiklanan, promosi dan penjenamaan produk masing-masing. Satu contoh keadaan, syarikat yang mahukan promosi dan penjenamaan produk berkaitan makanan untuk pasaran kanak-kanak dan mahu mencapai bilangan seramai 100,000 peserta promosi atau membaca iklan atau mencuba produk mereka maka konsep jelajah karnival sekolah boleh menjadi salah satu pilihan yang bagus untuk tujuan itu. Berdasarkan pengalaman kami, satu karnival sekolah secara purata dihadiri anggaran 3,500 orang pengunjung, kami memerlukan sekitar 30 buah sekolah untuk terlibat didalam jelajah/roadshow bagi penaja ini. Dalam situasi ini, dana tersedia(budget) penaja ini boleh diserahkan kepada sekolah-sekolah terlibat menjadi tambahan kepada dana sekolah/PIBG.
Antara strategi pemasaran/promosi/penjenamaan/pengiklanan bagi syarikat-syarikat penaja ini adalah dengan membuat:-
- Kaunter Pendaftaran
- Acara kuiz berkaitan produk
- Pengedaran sampel-sampel percuma
- Jualan produk
- Menaikkan iklan atau kain rentang berkaitan produk
- Sesi bual bicara
- Menganjur pertandingan pentas- kesenian, kebudayaan, bakat dll.
- Menganjur pertandingan sukan atau sukaneka
- Sesi ramah mesra bersama duta produk
- Aktiviti 'Telematch'


Prosedur Fun and Fund Carnival

Perbincangan bagi sekolah-sekolah yang bakal terlibat sebaik-baiknya dalam tempoh 2(dua) bulan sebelum tarikh karnival atau lebih awal bagi tahun 2016.
Bagi sekolah-sekolah yang merancang untuk mengadakan karnival pada tahun hadapan/2017 juga digalakkan untuk mulakan perbincangan dan membuat perjanjian bersama pihak kami sebelum bulan November 2016 bagi melicinkan tugasan bagi pihak kami untuk membawa masuk penaja/sponsor korporat pada tahun hadapan(kami mensasarkan sejumlah 100 buah sekolah akan terlibat pada tahun 2017 di seluruh semenanjung Malaysia).

Untuk mendaftar, pihak sekolah perlu mengadakan satu perjumpaan dengan pihak kami bagi membincangkan kriteria-kriteria dan syarat-syarat dari kedua-dua pihak. Pemilihan sekolah yang berjaya akan dibuat oleh pihak kami selepas penelitian dari kumpulan Jualan dan Pemasaran kami, kontrak perjanjian akan diberikan dan akan ditandatangai oleh kedua-dua pihak selepas itu. Kit/Material Promosi akan dihantar ke sekolah untuk promosi awal dan hebahan karnival.
Kami akan membawa masuk satu pakej permainan serta aktiviti ke karnival sekolah dengan terma perkongsian(bukan sewaan) dengan kadar pembahagian yang akan dibincangkan bersama pihak pentadbiran sekolah dan/atau PIBG. Pihak kami akan menyediakan krew-krew serta pekerja untuk menjaga setiap permainan pada hari acara.
Perbincangan juga akan melibatkan pemilihan permainan dan aktiviti serta penetapan harga bagi setiap permainan atau aktiviti yang akan dibawa nanti.

Bagi membantu meningkatkan jualan, kami akan menyediakan hadiah-hadiah cabutan bertuahKutipan dan jualan akan diuruskan dan dijaga oleh pihak sekolah dimana tiada pekerja-pekerja dari pihak kami yang akan mengendalikan bahagian jualan.

Penghantaran dan pemasangan produk-produk kami akan dibuat 2(dua) hari sebelum tarikh karnival. Sekolah-sekolah perlu menyediakan kemudahan seperti elektrik dan air, bilik-bilik kelas atau dewan dan kawalan keselamatan untuk pihak kami sepanjang proses pemasangan sehingga proses penutupan.

Acara pentas juga perlu disusun oleh pihak sekolah dan perlu melibatkan hebahan atau aktiviti yang ditetapkan bagi pihak penaja korporat, contoh- kuiz, pengumuman, bual bicara, persembahan dan lain-lain lagi.

Untuk perbincangan dengan kami sila hubungi no telefon 012-3497371.

Produk-Produk Permainan Karnival serta Aktiviti

Pemilihan permainan serta aktiviti dibuat ketika perbincangan awal bersama kedua-dua pihak. Produk-produk bersesuaian akan dicadangkan oleh pihak kami dan pihak sekolah boleh membuat permintaan khas berdasarkan senarai permainan dan aktiviti yang diberikan. Senarai permaianan dan aktiviti serta penerangan berkaitan adalah seperti dibawah ini:-






1.     Inflatables Bouncing Castle/Bouncing Balloon/Playland, Belon Gergasi,
        Gelongsor Besar, Soopa Doopa.
        - Permainan berbentuk fizikal dan mencabar bagi kanak-kanak dan remaja.
        - Terdapat banyak bentuk rekaan permainan ini, terdapat rekaan rata, mendaki,
          gelongsor dan memanjat(mount climbing)
       -  Terdapat banyak saiz.        
      



                                                                            

2.    Maze Runner, Pagar Sesat(Misteri), Maze Challenge, War Zone Maze.

       - Permainan minda, memori serta fizikal.
       - Pemain perlu mencari jalan keluar, latihan kemahiran penyelesaian masalah.
       - Boleh diubahsuai menjadi pusat 'War Zone' contohnya untuk permainan Paintball.
       - Cabaran tambahan juga boleh ditambah contoh, Pagar Sesat Berhantu, Peluru
         Sesat
       - Indoor / Outdoor.







3.    Funfair Games/ Stall Games / Pocket Games(with prizes)

       - Permainan mengasah kemahiran gabungan mata dan tangan/kaki.
       - Berasaskan kesukanan
       - Hadiah-hadiah menarik disediakan.
       - Tiada permainan berunsur perjudian.
       - Latihan fokus.




4.    Water Games, Permainan Kolam Air


      - Permainan cabaran fizikal dan kemahiran mendayung bot/sampan.
      - Berunsur terapi air untuk kanak-kanak.






5.    Buih Gergasi, Giant Bubble.

      - Kemahiran menghasilkan buih gergasi.
      - Latihan daya fokus.
      - Untuk semua peringkat umur.






6.    Rumah Misteri/ Rumah Hantu/ Rumah Seram(Indoor/Outdoor)

      - Aktiviti cabaran keberanian.
      - Penggunaan teknologi kesan khas lampu, audio, asap, visual dan kostum-kostum
        seram.
      - Untuk semua peringkat umur.





7.   Kuda Padi/ Pony Ride, Kereta Kuda/ Carriage/ Cart


     - Terapi minda
     - Terapi khas untuk golongan istimewa
     - Pengenalan teknik menunggang kuda
     - Sesuai untuk semua peringkat umur






8.   Mini Zoo, Petting Zoo, Taman Haiwan

     - Pengenalan kepada spesis-spesis haiwan eksotik.
     - Memupuk kasih sayang terhadap haiwan.
     - Terapi minda.






9.   Rollerblade, Kasut Roda

     - Cabaran permainan fizikal.
     - Latihan imbangan badan dan kawalan otot.  






10. Tricycle, Basikal Roda Tiga, Basikal Baring, KMX Kart

     - Permainan fizikal dan mencabar
     - Terdapat pelbagai rekaan baru dalam pasaran.




11. Memanah


     - Pengenalan kepada sukan memanah.
     - Asah kemahiran memanah.






12. Photobooth, Pondok Bergambar

     - Aktiviti bergambar kenangan.
     - 3 hingga 5 'pose'/aksi dalam sekeping kad.


13. Skuter 'Speeder'/ Skuter Roda Tiga

     - Permainan fizikal imbangan badan.
     - Kendalikan skuter roda tiga tanpa rantai ini hanya dengan goyangan badan.







14. Target Shooting Paintball

     - Permainan fokus menembak sasaran.
     - Pengenalan kepada permainan 'Paintball'.






15. Kiddi Ride, RC Ride.

     - Permainan kereta/ motor untuk kanak-kanak bawah 8 tahun.
     - Terdapat permainan yang berkawalan jauh(remote control).

16. Sand Art

    - Permainan seni pasir berwarna.
    - Asah kreativiti kanak-kanak mewarna.

17. Water Slide, Gelongsor Air.

    - Gelongor tinggi yang bersambung dengan kolam air.
    - Aktiviti terpai air.
    - Berbentuk fizikal dan menyeronokkan.
    - Untuk kanak-kanak bawah 15 tahun. 

18. Don't Laugh Challenge, Cabaran Jangan Ketawa.

    - Aktiviti cabaran ketahanan humor/minda.
    - Peserta diberi masa dan perlu menahan diri dari ketawa sepanjang tempoh diberi.

Lain-lain permainan dan aktiviti:-

    - Nerf Gun Gallery
    - Memancing Ikan/ Fishing
    - Dam Ular Gergasi
    - Face Painting
    - Motor ATV
    - Taman Arnab/ Rabbit Farm
    - Bumper Ball / Bola Langgar
    - Flying Fox
    - Abseiling
    - Wall Climbing


Kepada sekolah-sekolah yang berminat dalam Program Perkongsian Pintar Fun and Fund Carnival ini sila hubungi no telefon 012-3497371

Comments

Popular posts from this blog

Fun and Fund Carnival